Tuesday, 19 August 2014

... O _ E S I _ I ...

APAKAH SEBENARNYA DUA HURUF YANG SAYA KOSONGKAN DALAM PERKATAAN " O  _  E  S  I  _  I " DI ATAS ?

Pasti ramai yang sudah dapat mengagak topik perkongsian saya kali ini. Baiklah, kalau yang masih teragak-agak, jom kita lihat ilustrasi di bawah.

 

 

 

MACAM MANA SEKARANG ? DAH TAHU KAN TOPIK APA YANG AKAN DIBINCANGKAN KALI INI? 

 

Apakah itu obesiti ? Sebenarnya, semua orang terutamanya rakyat Malaysia sudah terlalu kerap mendengar perkataan ini tetapi kekerapan itu tidak boleh menjadi ukuran tahap kefahaman terhadap penyakit ini. 

 

Buat pengetahuan semua,  menurut National Health Morbidity Survey, statistik di Malaysia mencatatkan 15.1% rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas adalah obese pada 2011. Peningkatan berlaku jika dibandingkan dengan 14% pada tahun 2006. Ini bermakna seramai 2.6 juta populasi dewasa di Malaysia adalah obese .

 

Perkara ini menjadikan Malaysia negara tertinggi mempunyai kadar obesiti dalam kalangan negara-negara Asia Tenggara

Obesiti merupakan KEGEMUKAN yang disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan [menurut Kamus Dewan edisi keempat]. Obesiti kini dianggap sebagai penyakit kronik yang bakal mengundang pelbagai masalah kesihatan seperti diabetes, penyakit darah tinggi dan penyakit jantung. Orang yang menghidapi penyakit ini dikatakan mempunyai jangka umur yang pendek kerana obesiti akan mengganggu sistem serta organ dalam badan kita. Pergerakan juga menjadi terbatas kerana pengumpulan lemak berlebihan di dalam badan.

PERSOALANNYA, bagaimanakah kita ingin mengenalpasti sama ada kita tergolong dalam kategori ini atau pun tidak ?




GKB 1053

GKB 1053 ini merupakan kod kursus saya di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Jadi, apa sebenarnya nama kursus ini? Sebenarnya GKB ini ialah Generik Kemahiran Belajar. Alhamdulillah, melalui kursus ini saya dapat belajar teknik-teknik baru yang berkesan bagi memaksimumkan potensi pembelajaran berdasarkan gaya pembelajaran kendiri.

Sebenarnya, post ini bertujuan mendedahkan KERJA KURSUS GKB 1053.

WE ACTUALLY HAVE TO CREATE A BLOG ! ! !

Friday, 18 November 2011

My very first post !!

Lots of love.... Controlling myself from creating blog before i sit for PMR examination n now here i am! I am WHO i am :) I juz wanna be real ..